[VIDEO] Puteri Sarah Harap Netizen Doakan Untuk Bella Astilah – “Dia Masih Tak Boleh Terima, Tak Tidur, Kurus Sangat…”

Pelakon jelita, Puteri Sarah berharap ramai pihak untuk mendoaakan selebriti, Bella Astilah yang diuji dengan masalah rumah tangga dalam bulan Ramadan ini.

Menerusi video tular di TikTok, aktres drama rantaian Suri Hati ini mendedahkan rakan baiknya itu sehingga kini masih belum dapat menerima suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama pelakon, Ruhainies, minggu lalu.

Bukan itu sahaja, Bella juga difahamkan tidak lalu makan sehingga fizikal badannya kurus selain tidak dapat melelapkan matanya.

“Pada bulan puasa ni, jom sama-sama kita mendoakan Bella Astilah…Semoga semua urusan dia dipermudahkan.

“Doakan semoga semua baik-baik sahaja, kuat, tabah. Dia sampai sekarang masih tak boleh terima apa yang terjadi.

“Dia tak boleh makan, tak boleh tidur. Kurus sangat… tolong doakan dia,” katanya.

Pada pagi Rabu, Bella hadir ke mahkamah hari ini bagi sebutan kali pertama yang ditemani oleh ibunya, Zarinah Astillah dan adik, Didi Astillah pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Aktres drama rantaian Aku Tanpa Cintamu memfailkan penceraian permohonan cerai pada 11 Mac lalu.

@xtra_my

Moga segala urusan bella dipermudahkan🤲🏻 #fyp #xtramy #bellaastillah #tuntut #cerai #aliffaziz #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astilah berkata dia tidak menghalang suaminya, Aliff Aziz untuk bertemu anak-anak meskipun selepas mereka bercerai nanti.

Terdahulu, Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astilah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Artikel Berkaitan: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Dia Setuju Untuk Cerai” – Aliff Aziz Tak Hadir Ke Mahkamah, Bella Astillah Mahu Proses Berjalan Lancar

Artikel Berkaitan: Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Dakwaan Berkhalwat Tak Ganggu Emosi, Ruhainies Tetap Komited Dengan Kerja – “Saya Tak Takut, Berani Sebab Berada Di Pihak Yang Benar”

Artikel Berkaitan: Ruhainies Hanya Kawan Aliff Aziz, Belum Sedia Beri Kenyataan Rasmi – “30 Minit, Bukan 3 Jam”

Artikel Berkaitan: Spekulasi Terjawab… Aliff Aziz ‘Kantoi’ Berkhalwat, Bella Astillah Mohon Ruang

Artikel Berkaitan: Ditangkap Khalwat, Aliff Aziz Buka Mulut – “Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah…”

Aqilah Paharuzi

Recent Posts