Categories: SelebritiTrending

Nama Kembali Panas! Azhar Sulaiman Usik Sophia Albarakbah Ajak Karaoke Lagu ‘Sayang Sayang’ – “Takpe Kak Chem Cool Je”

Sentiasa ‘up-to-date’ dengan isu panas, hantaran pelakon Azhar Sulaiman mencuri tumpuan warganet apabila memuat naik foto bersama pelakon jelita, Sophia Albarakbah.

Azhar Sulaiman atau kini mesra disapa sebagai Behar memuat naik foto tersebut bersama kapsyen berbaur gurauan di mana dia mengajak Sophia untuk pergi karaoke bersama dan akan memaksa pelakon itu untuk mendengarnya nyanyikan lagu nyanyian Aliff Aziz yang berjudul Sayang Sayang.

“Sophia jom ikut Behar pergi karaoke. Behar nak paksa you dengar Behar nyanyi lagu Sayang Sayang,” tulisnya.

Malah, hantaran Azhar itu mendapat respons daripada Sophia dan sempat membalasnya dengan sindiran yang menyatakan isteri kepada pelakon itu seorang yang ‘cool’ sahaja.

“Okay abg JOM! Takpe kak Chem (isteri Azhar) cool je 🤪,” komen Sophia.

Sebelum ini, Sophia menafikan bahawa dirinya hadir ke sebuah acara untuk menonton Aliff Aziz.

Namun begitu, Bella Astillah pula menyifatkan kenyataan yang diberikan Sophia adalah menipu dan putar belit cerita.

Artikel Berkaitan: Tiada Niat Terselindung, Sophia Albarakbah Hanya Beri Sokongan Untuk Aisha Retno

Artikel Berkaitan: Nafi Hadir Acara Untuk Tonton Aliff Aziz, Bella Astillah Pula Dakwa Sophia Albarakbah Menipu? – “Lepas Aliff Habis Nyanyi Je Terus Gerak Balik”

Atiqah Johari