Categories: HiburanSelebriti

Sophia Albarakbah Penat Berlakon Dengan Suami Orang – “Saya Tak Sondol Sesiapa Ya”

Pelakon Sophia Albarakbah mengakui rimas dan penat kerana kerap dituduh menyondol suami orang setiap kali digandingkan menerusi mana-mana drama.

Menurut Sophia, jika boleh dia mahu digandingkan dengan lelaki bujang sahaja kerana enggan dianggap mengganggu atau meruntuhkan rumah tangga orang lain

“Kalau boleh, saya tidak mahu berganding dengan pelakon lelaki yang sudah kahwin supaya orang tidak fikir buruk terhadap saya. Saya harap sangat saya digandingkan dengan orang bujang.

“Saya dah penat berlakon dengan suami orang sebab akan timbul isu saya penyondol. Saya tak ‘sondol’ sesiapa ya.

“Mencegah lebih baik dari merawat. Daripada kena kecam lagi, saya rela elak bekerja dengan sesetengah orang.” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Niat Terselindung, Sophia Albarakbah Hanya Beri Sokongan Untuk Aisha Retno

Namun, Sophia akur kerana sedar setiap tawaran yang datang bukanlah di bawah pengawasannya dan dia tidak boleh mengelak dari bekerjasama dengan aktor berstatus suami orang.

Enggan kontroversi berlarutan, Sophia bagaimana pun tidak patah semangat serta nekad untuk lebih berhati-hati dalam pergaulan ketika bekerjasama dengan mana-mana pelakon lelaki yang sudah berkahwin.

“Saya suka berlakon, tapi saya tak boleh lari dari kontroversi. Suka tak suka, saya kena terima juga.

“Orang lain selalu salahkan saya. Walaupun benda yang saya buat tu betul. Saya tidak pernah nak mulakan apa-apa dulu. Saya hanya fokus bekerja.

“Kadang-kadang saya rasa sangat susah jadi Sophia. Tak buat apa-apa pun orang mengata. Kenapa dia duduk macam tu? Kenapa dia minum air macam tu?,” katanya.

Untuk perkembangan lain, Sophia bakal membintangi filem Harimau Malaya The Untold Journey arahan Datuk Afdlin Shauki.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi Hadir Acara Untuk Tonton Aliff Aziz, Bella Astillah Pula Dakwa Sophia Albarakbah Menipu? – “Lepas Aliff Habis Nyanyi Je Terus Gerak Balik”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukankah Patut Jaga Hati Isteri Lagi Penting”- Bella Astillah Sentap Kenyataan Aliff Aziz Isu Babitkan Sophia Albarakbah?

Fatin Nurain