Categories: SelebritiTrending

“Nampak Serasi” – Kongsi Momen ‘Spend Time’ Bersama, Shikin Maembong & Cat Farish Sedang Menanti Hari Istimewa?

Baru-baru ini, kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong memuat naik video bersama anak dan kekasihnya penyanyi Cat Farish.

Menerusi perkongsian video itu, mereka dilihat sedang meluangkan masa bersama di sebuah pantai.

Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen yang ditinggalkan Shikin menyatakan dia sedang menunggu hari istimewa.

“Bercanda dipasiran pantai sambil menunggu hari istimewa 🫠 Doa yang baik-baik,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa gembira dan tidak sabar untuk melihat pasangan itu ke jenjang pelamin.

Malah, bekas adik iparnya, Serina Redzuawan turut tidak sabar menunggu hari bahagianya.

Terdahulu, Shikin pernah berkahwin dengan Cef Riz pada Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Arianna Natasya, 8.

Artikel Berkaitan: “#TakenByHer” – Lepas 4 Bulan Bercerai, Cat Farish Kini Bercinta Dengan Shikin Maembong?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sweet! Cat Farish Titip Doa Sempena Ulang Tahun Kekasih, Shikin Maembong Luah Rasa Terharu – “Terima Kasih Ajar Erti Cinta Sejati…”

Artikel Berkaitan: “Saya Akan Berjumpa Dengan Keluarga Shikin Untuk…” – Cat Farish

Atiqah Johari