Bunyi Tak Elok, Shila Amzah Bersuara Soal #ShiBai – “Tolong Hormat, Kalau Buat Juga Tak Ada Otak!”

Penyanyi, Shila Amzah meminta peminatnya untuk tidak lagi menggunakan tanda pagar gabungan namanya bersama tunangnya, Ubaidillah Mz.

Jelas pemilik lagu Tiada Dirimu itu, Shila mengakui tidak selesa apabila terdapat segelintir netizen menggabungkan nama mereka sebagai #ShiBai kerana dikatakan mempunyai maksud tidak baik.

Memetik laporan mStar, Shila berharap agar rata-rata pengikut di laman media sosial miliknya untuk menghormati keputusannya itu.

“Hashtag tu (ShiBai) kan bunyinya tak elok, kemudian orang ramai suka buat bergurau dengan perkara itu jadi saya tidak suka.

“Saya juga tiada masalah untuk beritahu orang yang saya tidak suka. Orang kena hormat yang saya tak suka.

“Kalau mereka buat juga, maknanya mereka tiada otak. Setidaknya saya dah beritahu saya tidak suka hashtag tu,” jelasnya.

Di ruangan Instagram, Shila ada memuat naik foto miliknya serta meminta peminat-peminatnya untuk tidak lagi menggunakan tanda pagar tersebut.

Sebaliknya, pelantun lagu popular Memori Tercipta itu meminta rata-rata peminat untuk mengekalkan dengan nama mereka.

“Kena tukar ni hashtag ini, dah tak nak gabung-gabung nama ya. Ubai dan Shila Amzah je cukup,” tulisnya.

Shila dan Ubai sah mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu di selepas bercinta sejak Februari lalu.

Sekadar info, Shila pernah berkahwin bersama usahawan, Haris Idraki Elias pada April 2018 namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais.

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi