[VIDEO] Didakwa Pakai Tudung Nampak Dada, Peminat Pertahankan Fathia Latiff – “Mungkin Pakai Inner Skin Colour”

Pelakon jelita, Fathia Latiff mencuri perhatian netizen selepas penampilan bertudungnya menerima kritikan segelintir netizen.

Aktres drama rantaian Ariana Rose itu berkongsi sebuah video memaparkan dirinya memakai dress berwarna merah serta mengenakan hijab rona hitam.

Menerusi video tersebut, Fathia bersama adiknya menghadiri acara pertunjukan fesyen anjuran jenama kereta mewah terkenal dunia.

Menjengah ke ruangan komen, Fathia dikritik netizen gara-gara penampilannya itu yang dikatakan tidak bersesuaian dengan imej wanita berhijab.

Namun begitu, ada segelintir netizen yang berfikiran baik dan berpendapat bahawa mungkin Fathia memakai ‘inner’ mengikut warna kulitnya itu.

Bagaimanapun menerusi pemerhatian XTRA, Fathia tidak mengendahkan komen-komen tersebut dan menjalankan rutin hariannya seperti biasa.

Aqilah Paharuzi