#SkoolXTRA Suka ‘Join’ Pertandingan Menyanyi, Boria & Nasyid, Ini Memori Tajul Ariff Ketika Di Sekolah!

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan penyanyi bersuara lunak, Tajul Ariff yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah dahulu.

Fuh! Kalau anda nak tahu Tajul dulu pernah belajar dekat banyak sekolah katanya. Kiranya kerap berpindah lah ye!

Jom kita ‘throwback’ balik momen-momen Tajul dulu. Katanya dulu dia suka menyanyi dekat sekolah…Wahh berbakatnya Tajul.

Seronok Join Pertandingan Menyanyi!

“Dulu time sekolah rendah dan menengah saya suka menyanyi.

“Jadi dekat sekolah saya selalu join pertandingan nyanyian. Tak kisahlah, menyanyi, boria dan nasyid ke, semua saya sapu!

Tajul seorang atlet sekolah?

“Saya ni bukanlah atlet sangat dekat sekolah dulu.

“Cuma saya aktif bersukan lah kiranya. Sukan yang saya selalu main adalah Sepak Takraw, Badminton, Bola Sepak. Paling gempak pun wakil sekolah je lah.

Suka Subjek Muzik

“Siapa je tak suka subjek Muzik kan? Pasti ramai yang suka subjek ini.

“Sebab saya minat sangat, jadi memang subjek ni kesukaan saya lah. Subjek lain pun saya suka..

Haa macam mana momen-momen Tajul Ariff time sekolah dulu? Power juga ya semua pertandingan dia join ya!

Khairil Khusyairi