Categories: HiburanSelebriti

Tonton Apa Hari Ni: ‘Perempuan Itu’

Rumah tangga Khalish dan Emir bergolak kerana orang ketiga.

Dilema dalam hal rumah tangga bukanlah perkara ringan. Kepercayaan antara pasangan hidup amatlah penting dalam memastikan keharmonian bersama. Namun, tidak semua mampu memupuk perasaan ini.

Siri Tonton terbaharu yang berjudul ‘Perempuan Itu’ memaparkan kisah rumah tangga yang persis realiti.

Khalish (dilakonkan oleh Mimi Lana) telah menolak permintaan ibu bapanya untuk mengambil alih Madrasah Mujahidah. Dia tegas dengan impiannya untuk menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Namun, keputusannya itu telah membuatkan ibu bapanya risau akan pendekatan modennya. Oleh demikian, mereka telah memilih untuk menyatukan puteri mereka itu bersama Tengku Emir (dilakonkan oleh Zul Ariffin) yang merupakan anak kepada kawan rapat mereka.

Pada awalnya, Tengku Emir sendiri juga merasa berat hati untuk meneruskan dengan perkahwinan tersebut. Walaubagaimanapun, perasaan hatinya diketepikan demi mentaati ibunya.

Setelah hampir separuh dekad melayari alam perkahwinan, rasa cinta Khalish terhadap Emir mula timbul. Emir juga berjaya memenangi kepercayaan Khalish. Lebih manis lagi, mereka sedang menanti cahaya mata sulung.

Namun, kebahagiaan itu tidak bertahan apabila Khalish mendapat tahu bahawa Emir mempunyai kekasih rahsia yang bernama Seira (dilakonkan oleh Siti Hariesa).

Layanan Emir terhadap Seira adalah dengan penuh kasih sayang seperti layanannya buat Khalish. Hal ini membuatkan Khalish berasa amat dikhianati. Apakah yang bakal terjadi kepada hubungan mereka?

Cerita Apa? ‘Perempuan Itu’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

Padin