Featured By: Attiqah Mohd June 7, 2021 @ 4:31pm

Putera Harry Dan Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Kedua, Lilibet Diana

Selepas mengumumkan berita kehamilan  sembilan bulan lalu, Duke dan Duchess Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle hari ini mengumumkan kelahiran anak kedua mereka, seorang bayi perempuan.

Pasangan itu menamakan anak kedua mereka sebagai Lilibet “Lili” Diana Mountbatten-Windsor yang dilahirkan pada pagi Jumaat di sebuah hospital di Santa Barbara, California.

Ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat, kata pasangan itu dalam satu kenyataan.

“Ratu Elizabeth, Putera Wales dan Duchess of Cornwall, dan Duke dan Duchess of Cambridge telah dimaklumkan dan gembira dengan berita itu,” kata Istana Buckingham.

Harry dan Meghan memaklumkan nama Lilibet diambil sempena nama panggilan manja keluarga untuk Ratu Elizabeth.

Manakala nama tengahnya, Diana, dipilih sebagai menghormati “nenek yang sangat disayangi”, Puteri Wales, kata kenyataan itu.

Pasangan Duke and Duchess of Sussex mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 dan kini mempunyai dua orang cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Apr 2022
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Uyaina Enggan Lepaskan Peluang?

Wah, bertuah betul Uyaina ni kan, bukan sahaja cantik tetapi beliau sangat berbakat

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Sufian Suhaimi Rakam Semula Lagu Di Matamu?

Menariknya, susunan muziknya juga lebih baharu dan aura Indonesia. Mesti lagu ni lagi meletop kan?

Trending Tue, 11 Sep 2018

搭飞机千万别睡觉!CNN调查:每50人就有1人遇见真爱

大部分人一坐上飞机,不是看电影就是蒙头大睡,最好一路睡到目的地,但你知道吗,这一睡可能让你因此错失交朋友、找到新客户,甚至更惨的,错过遇见真爱的机会!

Trending Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Tue, 19 Mar 2024

[VIDEO] “Mencintai Tak Semestinya Memiliki” – Putus Cinta, Amelia Christie Menangis

Cantik, baik, lemah lembut.. Untung siapa dapat Amelia 🥰