Categories: SelebritiTrending

Ramai Luah Kecewa Kes Saman Ira Kazar Selesai, Ini Jawapan Padu Puteri Sarah!

Umum sedia maklum mengenai berita berkaitan penarikan semula kes saman pelakon Puteri Sarah Liyana terhadap bekas madunya, Ira Kazar baru-baru ini.

Susulan itu, ramai warganet meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Puteri Sarah kerana sebelum ini dia dilihat sebagai contoh wanita kuat yang berjuang.

Namun begitu, Puteri Sarah dengan tenang menjawab bahawa pada ketika ini dia lebih mementingkan kesihatan mental dan kebahagiaan anak-anaknya.

Malah, Sarah juga menegaskan bahawa mengalah tidak bererti dia kalah.

“Mengalah tak bererti kalah… saya lebih memilih mental health saya, freedom saya.

“Kebahagiaan saya dan anak-anak kerana kebebasan saya amat berharga. Doakan saya ya,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Sarah juga menjawab persoalan warganet yang mengatakan perjuangannya itu bukan untuk diri sendiri tapi untuk para wanita yang menerima nasib sama namun sebaliknya yang terjadi.

“I buka jalan untuk semua tapi freedom is not free ☹️ but if anyone need help im available,” jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan: “Syamsul, Sarah Dah Tandatangani…” – Seusai Jatuh Talak, Peguam Maklum Kes Saman Terhadap Ira Kazar Selesai Sepenuhnya?

Artikel Berkaitan: Kes Saman Babitkan Puteri Sarah & Ira Kazar Selesai Luar Mahkamah

Artikel Berkaitan: Tersenyum Manis, Ira Kazar Kongsi ‘Selfie’ Selepas Setahun Berdiam Diri

Atiqah Johari