Categories: SelebritiTrending

“Late Night Chats Be Like” – Kongsi Foto Sedang ‘Video Call’, Cinta Zarina Anjoulie Kembali Berputik?

Pelakon jelita, Zarina Anjoulie memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya sedang membuat panggilan video bersama seseorang.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS), Zarina atau mesra disapa sebagai Anju dilihat seperti sedang dilamun cinta.

Melihat kepada kapsyen yang ditulisnya, Anju meluahkan rasa gembira dapat berhubung dengan individu tersebut.

Lebih menguatkan lagi dakwaan bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta adalah dia meletakkan emoji hati berwarna merah.

“Late night chats be like ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️,” tulis Anju.

Walaubagaimanapun, Anju tidak mendedahkan identiti atau wajah individu tersebut pada hantarannya.

Terdahulu, kisah percintaan Anju dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Khazrul Elzey mendapat perhatian ramai.

Malah, mereka sempat mengikat tali pertunangan selama dua minggu sebelum mengumumkan bahawa hubungan mereka telah terlerai.

Artikel Berkaitan: “I’m Fallin In Love With #Mimi” – Selepas Berpisah, Bekas Tunang Zarina Anjoulie Tayang Kekasih Baharu?

Artikel Berkaitan: “Kalau Sayang Lagi, Jadi Gentleman” – Zarina Anjoulie Minta Khazrul Henti Ulas Isu, Dedah Putus Tunang Gara-Gara…

Artikel Berkaitan: Darah Manis! Bakal Dirisik, Zarina Anjoulie Kongsi Momen Shopping Cincin Kahwin

Atiqah Johari