“Anda Sentuh Keluarga Saya, Sekarang Kau Menyesal!” – Orang Kanan Ebit Lew Ucap Selamat Tinggal, Caprice Mohon Ajak ‘Bodyguard’ Lain Bersemuka

Susulan kontroversi melibatkan prosiding perbicaraan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang semakin mendapat perhatian, kali ini individu yang dipercayai sebagai bekas orang kanannya iaitu, @ajai_ahmad pula mengucapkan selamat tinggal kepada kepada pendakwah bebas itu.

Malah, menerusi tangkap layar yang dikongsikan Ajai menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya, dia sempat memberi gambaran bahawa Ebit Lewe telah ‘menyentuh’ ahli keluarganya dan inilah masanya untuk dia menyesali perbuatannya.

“Good bye, Ebit Lew! Kau dah sentuh ahli keluarga aku, sekarang kau menyesal,” tulisnya.

Meskipun tidak menyebut nama individu atau pihak yang terlibat, namun hantaran berkenaan seakan memberi gambaran bahawa individu yang dimaksudkan adalah pendakwah bebas terbabit.

Tidak habis di situ, hantaran tersebut juga mendapat perhatian penyanyi rap, Caprice apabila dia kelihatan memuat naik semula tangkap layar berkenaan di Instagram miliknya.

“Salam brother Ajai. Alhamdulillah.

“Selepas dua tahun. Doa orang yang dianiaya is finally coming out. Saya sangat bangga dengan awak brother atas keberanian ini. I am very proud of you brother for being this brave.

“Tolong pesan Ebit Lew yang bodyguard dia tu tak berani buat apa-apa kat Cap… So lebih baik kita semua jumpa depan-depan once and for all. Insya-Allah,” katanya.

 

 

 

Bagaimanapun, Ajai tidak berdiam diri dengan hantaran berkenaan dan memberikan respons terhadap Caprice bahawa setiap manusia melakukan kesilapan.

Selain itu, dia juga meminta supaya penyanyi itu bertenang kerana dia lebih selesa untuk menyelesaikan hal tersebut bersama adik-beradiknya yang lain.

“Kita semuanya sama, semuanya pendosa.

“Urusan saya dan Ebit Lew, biar kami adik-beradik selesaikan sendiri. Terima kasih atas keprihatinan anda, Caprice,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Harap Dia Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Saya & Orang Lain Yang Dianiaya… Tak Kisahlah Kita Pakai Baju Apa” – Caprice

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Ebit Lew: Polis Selesai Ambil Keterangan Caprice Dan Nadir

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Fitnah Melampau Ustaz Ebit Lew, Polis Rakam Keterangan Nadir Al Nuri & Caprice

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Ebit Lew Bantu Mondy Dipertikai Ramai, Naim Daniel Respons – “Caprice Was Right”

Salma Syahbuddin