Categories: SelebritiTrending

“Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

Pelakon Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai kontroversi yang mendakwa dirinya ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz pada Sabtu lalu.

Menurutnya, dia mengajak Aliff ke rumahnya untuk makan malam bersama-sama keluarganya yang didakwa telah kenal sejak 10 tahun lalu.

Jelas Ruhainies, kakaknya pelakon Risteena sepatutnya sudah datang lebih awal ke rumahnya namun terlewat kerana berdepan dengan kesesakan jalan raya.

Dedahnya lagi, dia berasa takut untuk membuka pintu apabila ada individu lelaki yang mengetuk pintu rumahnya atas faktor keselamatan.

Dalam pada itu, dia juga menegaskan bahawa hubungannya dengan Aliff sekadar kawan biasa sahaja malah bersedia untuk berbincang dengan Bella kerana sayang akan persahabatan mereka.

Menerusi kenyataannya itu, Ruhainies juga tampil memohon maaf kerana lambat memberi kenyataan susulan sibuk dengan komitmen kerja.

Atiqah Johari