“Bella Seorang Yang Ceria Tapi Banyak Sembunyi Masalah – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah mengakui rakan baiknya yang juga pelakon, Bella Astillah menyembunyikan kesedihan dan banyak memendam perasaan dan masalah.

Bercakap kepada XTRA, Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, memaklumkan dia banyak memberikan nasihat buat Bella untuk meneruskan kehidupan.

“Kali terakhir saya jumpa Bella ialah ketika di Brunei dua minggu lepas. Ketika itu dia masih senyum lagi. Dia seorang yang ceria, pada awal dia banyak sembunyi masalah, dia juga ada cakap perlukan semangat daripada saya.

“Saya tak tahu apa sedang berlaku, saya cuma tahu dia ada masalah dan sentiasa sokong serta beri semangat padanya.

“Sebagai kawan, saya tahu ada sesuatu tidak kena. Masa kejadian khalwat berlaku, saya ada hubungi dan beri semangat dan sokongan,” katanya kepada pemberita.

Puteri Sarah ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Mask Team di Restoran Palmierra 28, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Sarah turut meminta Bella agar memberi fokus kepada anak-anak terlebih dahulu.

“Kita ada anak-anak dan fokus tenaga pada mereka. Jangan fikir benda lain.

“Jangan fikir benda lain ia akan menjatuhkan kita. Bila ada anak-anak kita ada segala-galanya. Anak-anak adalah keutamaan kita,” ujarnya lagi.

Tidak mahu rakannya itu terus dibelenggu kesedihan, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi puisi kepada Bella.

Menurut Sarah, puisi tersebut adalah puisi yang menjadi ilham ketika dia berdepan kemelut rumah tangga lalu.

“Saya ada kongsi puisi kepadanya dan kita semua bersedih. Sebagai kawan yang sangat baik, saya memang turut terkesan.

“Puisi ketika saya bercerai dulu, saya kongsi padanya sebagai kata semangat.

“Saya doakan terbaik untuk Bella dan apa sahaja keputusan yang diambil, terpulang kepadanya.” ujarnya.

Terdahulu, Sarah menitip semangat dan menulis coretan panjang buat Bella malah memahami situasi yang sedang dihadapi Bella.

Pada 11 Mac lalu, Bella Astillah telah memfailkan cerai secara ekspres daripada suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Minggu lalu, kecoh apabila Aliff dan aktres, Ruhainies ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Di Mahkamah, Rakan Selebriti Titip Semangat Buat Bella Astillah – “Awak Berhak Untuk Bahagia”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Harap Netizen Doakan Untuk Bella Astilah – “Dia Masih Tak Boleh Terima, Tak Tidur, Kurus Sangat…”

Artikel Berkaitan: Individu Wanita Pertikai Tindakan Puteri Sarah Jadi ‘Tempat’ Mengadu Bella Astillah,  Patimah Ismail Tampil Back Up – “So What?”

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Khairil Khusyairi