Watie Teruja Pertama Kali Berpuasa Sebagai Isteri Dan Ibu, Harap Raya Tahun Ini Lebih Bermakna

Usahawan dan isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi pengalaman menjalani ibadah puasa pertama sebagai isteri dan ibu.

Bercakap kepada XTRA, Watie memaklumkan dia dan keluarga akan berpuasa di kampung keluarga Shuib selama seminggu.

“Untuk sahur, anak-anak suka yang simple saja macam ayam goreng dan nasi putih, kalau daddy pula lauk singgang.

“Kami rancang untuk minggu pertama puasa ini kami akan balik kampung keluarga sebelah Shuib di Kuala.

“Kami nak buat menu dengan mama iaitu menu orang Banjar,” kongsinya teruja.

Watie ditemui pada majlis eksklusif preview Riviera Raya Lebaran FiziWoo di Ibu Kota, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Watie mengakui teruja apabila bakal menyambut Aidilfitri bersama suami tersayang dan anak-anak.

Malah, Watie turut berkongsi persiapan baju raya juga sudah hampir selesai.

“Tahun pertama puasa dan beraya bersama suami dan anak.

“Alhamdulillah raya itu akan lebih bermakna. Persiapan baju raya juga dah selesai untuk saya dan Talita. Dua tiga pasang sahaja.

“Kalau persiapan untuk Shuib dan anak-anak biasanya memang akan beli yang dah siap,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Watie turut memaklumkan dia dan keluarga akan bercuti pada awal Aidilfitri kelak.

“Setahu saya Shuib kalau beraya dia akan pergi bercuti, jadi kurang beraya sangat.

“Raya pertama hingga raya keempat akan beraya dan selepas itu selalunya akan bercuti,” katanya.

Untuk info, pasangan sama cantik sama pada ini sah bergelar suami isteri pada 23 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Dikecam Gara-Gara Mateen Buat Aksi Tak Senonoh, Watie Tampil Beri Respons

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Watie Hanifiah Selalu Pesan Pada Anak Untuk Tak Kurang Ajar Dengan Orang Dewasa, Terharu & Syukur Talita ‘Backup’ Bila Dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: “Masa Ke Airport Dah Mula Rasa Sedih, Air Mata Dah Menitik” – Watie Hanifiah Sedih Pertama Kali Berjauhan Dengan Suami

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Anak Perempuan Shuib Belajar Vokal Dengan Watie Raih Perhatian, Netizen Komen – “Pewaris Arwah Siti Sarah”

ARTIKEL BERKAITAN: Berdebat Isu Suami Buat Hal Semasa Isteri Sedang Hamil, Watie Kongsi Ceramah Shuib – “Cara Paling Mudah Benarkan Kahwin Lain…”

ARTIKEL BERKAITAN: Watie Sedih Akaun IG Kena Gantung, Shuib Minta Bantuan Ramai

Khairil Khusyairi