Categories: SelebritiTrending

“Saya Tak Mahu Jadi Penyondol” – Perjelas Status Diri, Linda Nanuwil Dedah Pernah Didekati Suami Orang & VIP

Penyanyi dan pelakon, Linda Nanuwil mendedahkan ramai individu berstatus suami orang dan orang kenamaan cuba mendekatinya untuk ajak berkahwin.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Linda memaklumkan bahawa dia cuba menolak dengan cara baik dan enggan di label sebagai ‘penyondol’.

“Memang ada suami orang yang mengajak saya berkahwin tetapi saya tolak cara baik kerana tidak mahu menjadi ‘penyondol’

“Selalunya, bila saya dapat tahu lelaki itu berstatus suami orang, saya akan menjauhkan diri dan menolak untuk bertemu secara baik contohnya beritahu ada komitmen lain dan sebagainya.

“Terus terang, saya tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan suami orang kerana saya akan letakkan diri sendiri dalam situasi isteri lelaki terbabit.

“Saya juga tidak suka berkongsi kasih atau dimadukan kerana mahu lelaki itu hanya mencintai diri saya sahaja,” jelasnya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, ditanya mengenai status dirinya dan mengakui telah mempunyai teman istimewa namun memilih untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya.

“Saya belum pernah berkahwin atau memegang status janda seperti tanggapan orang.

“Apa yang saya boleh kongsikan, saya sudah ada teman istimewa tetapi si dia bukanlah berstatus suami orang. Buat masa ini, saya belum bersedia untuk dedahkan identiti dirinya lagi,” katanya lagi.

Sebelum ini, Linda yang juga bekas naib juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) pernah digosipkan telah berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang yang juga golongan VIP.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari