Categories: Gaya Hidup

Nak Pengalaman Rehat Sambil Menonton Filem Kegemaran Anda Dalam Suasana Next Level? Ikuti Cara Ini!

Sekurang-kurangnya 8 jam sehari dihabiskan di tempat kerja di hadapan laptop atau telefom pintar masing-masing.

Itu belum lagi pelbagai urusan peribadu yang perlu diselesaikan, kadangkala ia meletihkan dan membuatkan anda penat!

Dalam kepadatan jadual harian, jangan lupa untuk sentiasa melayan diri anda dengan baik dengan memanjakan diri!

Luangkan masa yang berkualiti untuk diri sendiri dan orang yang disayangi dengan memutuskan hubungan dengan skrin digital anda dan sambungkan ia dengan mendalami realiti alternatif menerusi genre filem kegemaran anda di Aurum Theater.

Redakan kebimbangan anda dan nikmati suasana ‘intimate’ yang ditawarkan oleh Getha Lux Suites.

Dihiasi dengan kerusi malas yang selesa diperbuat daripada kusyen premium Getha yang mewah untuk meningkatkan pengalaman sinematik, duduk dan berehat dengan pengalaman terperibadi yang dipilih susun, lengkap dengan makanan dan minuman kegemaran yang dihidangkan terus ke tempat duduk anda!

Pastinya pengalaman next level ini mampu untuk meredakan suasana tegang dalam diri sendiri serta membuatkan badan kembali bertenaga selepas penat bekerja!

Selain itu, nikmati keselesaan untuk ketenangan fikiran dengan bantal Getha Travel! Bawa keselesaan anda ke tahap seterusnya dengan topeng mata Getha Tencel!

Nikmati aneka pilihan minuman kegemaran anda di JIN Gastrobar. Jadikan ia satu pengalaman menonton filem yang diingati dengan barisan air minuman berinspirasikan filem!

Dijangka akan dilancarkan pada awal November di JIN Gastrobar The Gardens Mall, dan The Mall Mid Valley Southkey Johor Bahru, barisan minuman segar dijamin mengujakan selera ramai!

Padin