Sudah Mula Bekerja, Keadaan Jasmin Hamid Bertambah Baik Selepas Pembedahan

Suami kepada pelakon Jasmin Hamid iaitu Nazmir Abd Rahim, 37, memaklumkan keadaan isterinya selepas menjalani pembedahan minggu lalu.

Memetik laporan Utusan, dia memberitahu Jasmin sudah kembali aktif dan mula bekerja seperti biasa.

“Alhamdulillah, keadaannya bertambah baik dan sudah mula bekerja. Harapnya keputusan hospital nanti semua positif.

“Jumaat lepas buat pembedahan kecil sahaja. Setakat ini keadaannya semakin baik, berlakon pun babak ringan sahaja,” katanya.

Terdahulu, Jasmin disahkan mengalami pendarahan pada rahim dan telah menjalani pembedahan kecil bagi mengurangkan risiko pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Nazmir memohon agar peminat mendoakan kesihatan pelakon berusia 50 tahun itu.

“Terima kasih atas sokongan untuk Jasmin. Doakan agar dia beransur pulih dan dijauhkan dari penyakit berbahaya,” ujarnya.

Maya Basir