Categories: SelebritiTrending

Selepas Buka Tudung & Umum Bercerai… Mawar Rashid Akan Kembali Berlakon, Masuk Studio Rakaman Bakal Jadi Penyanyi?

Nama pelakon dan usahawan, Mawar Rashid menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini susulan isu kembali tidak bertudung dan keretakan rumah tangganya.

Terbaharu, menerusi hantarannya di Instagram Stories, Mawar memaklumkan dia bakal kembali dengan kerjaya berlakon selepas lama berehat.

Kongsinya, dia menghadiri ‘casting’ untuk sebuah drama dibawah arahan pengarah Osman Ali.

“Casting for drama, next year want to back in acting, Insya’Allah,” tulisnya ringkas.

Menerusi hantaran lain pula, Mawar turut berkongsi babak yang dilakonkannya ketika ‘casting’ beserta emoji patah hati.

Sebelum itu, menerusi ruangan sama, Mawar turut berkongsi pengalaman berada di studio rakaman untuk merakamkan lagu.

“Recordings for charity ‘woman empowerment’ song. Loving my new experience,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: Sah Berpisah Dengan Mawar Rashid, Peminat Titip Doa Buat Raf Yaakob – “Manusia Hebat, Ujiannya Juga Hebat”

Artikel Berkaitan: Dakwaan Bakal Bercerai, Mawar Rashid Akhirnya Buka Mulut… Minta Henti Sebar Pelbagai Spekulasi – “Kami Dah Tiada Persefahaman”

Artikel Berkaitan: Belanja ‘Selfie’, Peminat Puji Mawar Rashid Lawa… Namun Ada Yang Dakwa Wajah Hilang Seri? – “Kejap Buka Kejap Tutup, Macam Kedai Makan”

Artikel Berkaitan: “Back To Work” – Kongsi Selfie, Mawar Rashid Tampil Dengan Imej Berambut Pendek

Atiqah Johari