Categories: HiburanTrending

Bapa Tutup Perniagaan, Jual Motorsikal & Kereta Demi Kerjaya Seni, Wafiy Janji Akan Balas Budi

Penyanyi dan pelakon Wafiy Aan meluahkan rasa sebak apabila bapanya, Johan Awang Baba mengambil keputusan untuk menutup pernigaan yang diusahakan demi menyokong karier seninya.

Pemilik nama sebenar Mohd Wafiy Ilhan itu tidak akan sesekali melupakan pengorbanan bapanya itu.

 

Memetik laporan mStar, bapanya juga sanggup mengeluarkan semua simpanan kewangan serta menjual kenderaan bagi menampung perbelanjaan keperluan harian mereka sekeluarga.

Mengimbau kembali di awal penglibatannya dalam dunia lakonan, Wafiy memberitahu perkara tersebut dilakukan bapanya ketika mereka berada di Beaufort, Sabah demi menghadiri penggambaran di ibu kota ketika itu.

Perbelanjaannya dari Sabah ke Kuala Lumpur menelan kos yang amat besar lebih-lebih lagi tiket penerbangan.

“Saya berasal dari Sabah dan sebelum ini ayah ada perniagaan menjual ikan. Alhamdulillah bisnes diusahakan bagus malah kami sekeluarga hidup selesa.

“Tapi disebabkan minat saya dalam bidang seni, ayah sanggup menutup
perniagaan dan menemani saya ulang- alik dari Sabah ke Kuala Lumpur.

“Duit, simpanan semua habis sebab beli tiket penerbangan sampai dia jual kereta
dan motosikal yang ada,” jelasnya.

Wafiy berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh ranjau sejak awal pembabitannya dalam industri seni menerusi sesi podcast Sembang Atas Dulang bersama Ceddy di laman Youtube.

Justeru, menyedari hakikat bapanya telah banyak berjasa terhadap kerjaya seninya, anak sulung kepada lima beradi itu berjanji akan membalas jasa mereka suatu hari nanti.

“Ayah dan mak sudah banyak berkorban. Jadi, biar Wafiy yang bekerja dan mereka boleh berehat di rumah,” ujarnya.

Sumber : mStar

Syamir Shafie