Hiburan By: Syamir Shafie November 28, 2023 @ 9:42pm

Bapa Tutup Perniagaan, Jual Motorsikal & Kereta Demi Kerjaya Seni, Wafiy Janji Akan Balas Budi

Penyanyi dan pelakon Wafiy Aan meluahkan rasa sebak apabila bapanya, Johan Awang Baba mengambil keputusan untuk menutup pernigaan yang diusahakan demi menyokong karier seninya.

Pemilik nama sebenar Mohd Wafiy Ilhan itu tidak akan sesekali melupakan pengorbanan bapanya itu.

 

Memetik laporan mStar, bapanya juga sanggup mengeluarkan semua simpanan kewangan serta menjual kenderaan bagi menampung perbelanjaan keperluan harian mereka sekeluarga.

Mengimbau kembali di awal penglibatannya dalam dunia lakonan, Wafiy memberitahu perkara tersebut dilakukan bapanya ketika mereka berada di Beaufort, Sabah demi menghadiri penggambaran di ibu kota ketika itu.

Perbelanjaannya dari Sabah ke Kuala Lumpur menelan kos yang amat besar lebih-lebih lagi tiket penerbangan.

“Saya berasal dari Sabah dan sebelum ini ayah ada perniagaan menjual ikan. Alhamdulillah bisnes diusahakan bagus malah kami sekeluarga hidup selesa.

“Tapi disebabkan minat saya dalam bidang seni, ayah sanggup menutup
perniagaan dan menemani saya ulang- alik dari Sabah ke Kuala Lumpur.

“Duit, simpanan semua habis sebab beli tiket penerbangan sampai dia jual kereta
dan motosikal yang ada,” jelasnya.

Wafiy berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh ranjau sejak awal pembabitannya dalam industri seni menerusi sesi podcast Sembang Atas Dulang bersama Ceddy di laman Youtube.

Justeru, menyedari hakikat bapanya telah banyak berjasa terhadap kerjaya seninya, anak sulung kepada lima beradi itu berjanji akan membalas jasa mereka suatu hari nanti.

“Ayah dan mak sudah banyak berkorban. Jadi, biar Wafiy yang bekerja dan mereka boleh berehat di rumah,” ujarnya.

Sumber : mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Aug 2023
Trending Tue, 16 Jul 2019
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Sufian Suhaimi Dikecam Netizen Kerana Rasis

hanya kerana kapsyen sekeping gambar di Instagram Sufian dikatakan rasis?

Trending Mon, 13 Apr 2020
Trending Fri, 17 Aug 2018

‘Sekurang-Kurangnya Bagi Saya Peluang Bercakap’, Calon Temuduga Luah Rasa!

Namun apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah sikap pengurus dan pegawai sumber kemanusiaan di situ yang membuatkan saya kecewa. Mereka mempersendakan kelayakan yang dikatakan tidak mencapai piawaian.

Trending Wed, 17 Nov 2021

Genap 100 Hari Pemergian Siti Sarah, Shuib Menangis Setiap Kali Terkenang Arwah

Pelawak Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, mendedahkan dirinya masih menangis setiap kali terkenangkan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Genap 100 hari pemergian Sarah, Shuib mendedahkan emosinya juga sering terganggu. “Syukur Alhamdulillah, anak-anak kami […]