Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 12, 2023 @ 2:30pm

Saling ‘Unfollow’ DI IG, Ibu Syafiq Kyle Enggan Masuk Campur Isu Pembatalan Majlis Kahwin Anak

Seusai pengumuman mengenai pembatalan majlis resepsi yang bakal berlangsung pada 18 Ogos depan, pasangan popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana kelihatan tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Malah, pelakon Polis Evo 3 itu juga dilihat masih tidak memuat naik apa-apa hantaran di akaun sosial media miliknya berkenaan status hubungannya bersama aktres itu.

Memetik laporan mStar, usaha untuk menghubungi Syafiq bagi mendapatkan kenyataan mengenai pembatalan majlis perkahwinannya juga gagal.

Namun, ibunya iaitu Rohaya Sulaiman menegaskan, dia tidak akan memberikan sebarang komen mengenai isu kontroversi tersebut, malah menyerahkan segala-galanya kepada anak lelakinya.

“Saya tidak ada apa-apa komen mengenai pembatalan pernikahan mereka. 

“Saya minta maaf, saya tidak boleh komen apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, Rohaya juga menafikan dakwaan kononnya Syafiq dan Mimi Lana bernikah pada malam Jumaat seperti yang tular di media sosial.

“Mana ada nikah malam ni (Jumaat). Apa pun lebih baik tanya kepada Syafiq dan Mimi sendiri,” jelasnya.

Sebelum ini, aktres yang popular menerusi drama Perempuan Itu sempat memuat naik beberapa hantaran di Instagram miliknya seolah-olah meluahkan perasaan terhadap konflik yang timbul antara dirinya dan Syafiq.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

 

Sekadar info, pada 21 Januari 2021 pasangan ini telah mengikat tali pertunangan apabila masing-masing berkongsi momen indah itu menerusi hantaran di Instagram.

Bahkan, Syafiq sebelum ini juga pernah memaklumkan bahawa persiapan perkahwinan mereka telahpun siap hampir 100 peratus dan sedang menanti hari bahagia mereka.

 

Sumber: Instagram, mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

‘Saya Rasa Diuji Ketika Di Tanah Suci’- Ernie Zakri

Sesungguhnya pengalaman di sana tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Khloe Kardashian is Upset at Tristan Thompson Cheating Allegations

How could anyone cheat on their pregnant partner?!

TECH Fri, 30 Aug 2019

Engineered for the Future, Lenovo™ ThinkPad™ Laptops are Smarter and Better!

New ThinkPad X1 Carbon 7th Gen, joined by X1 Yoga™ 4th Gen, X390 and T490 get smarter via 10th Gen Intel® Core™ Processors

Hiburan Wed, 8 Jun 2022
Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Park Shin Hye And Choi Tae Joon Confirmed To Be Dating!

Park Shin Hye and Choi Tae Joon are the hottest and newest star couple in Korea.

error: Content is protected !!