Categories: SelebritiTrending

Selepas Dedah Foto & Mesej Mesra, Akaun Sama Dedah Bella Astillah, Muaz Zabir Kerap Bercuti Bersama Pula?

Sebelum ini, sebuah akaun Tiktok mendedahkan foto dan perbualan mesra antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah dengan pelakon baharu, Muaz Zabir yang didakwa menjalin hubungan cinta.

Terbaharu, menerusi akaun sama yang bernama @edisiumat mendedahkan pula bahawa pasangan tersebut kerap bercuti bersama dengan menunjukkan bukti tiket penerbangan.

Pada hantaran tersebut, tertera nama Muaz dan Bella membeli tiket penerbangan pergi ke Sabah pada bulan September dan Oktober tahun lalu.

“Bella dengan Muaz kerap bercuti sama-sama.

“Min harap diorang tak buat lah bulan Ramadhan ni. Dosa besar tu masih isteri orang,” tulis individu sebagai kapsyen.

Namun begitu, Bella telah tampil mengeluarkan kenyataan mengenai hubungannya dengan Muaz dalam sebuah sidang media semalam.

Artikel Berkaitan: Tular Mesej & Foto Mesra, Bella Astillah Didakwa Bercinta Dengan Muaz Zabir Sejak Oktober Lalu?

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Aliff Aziz ‘Dalang’ Sebar Aib Bella Astillah? – “Boleh Nampak Dari Skrin Telefon Tu”

Artikel Berkaitan: Plot Twist…. Didakwa Curang Dengan Muaz Zabir, Sebenarnya Bella Astillah Cuma Mahu Buat Aliff Aziz Cemburu

Atiqah Johari