Categories: SelebritiTrending

Selepas Lama Berdiam Diri, Ira Kazar Kongsi Gambar Suami Buat Pertama Kali

Setelah lama berdiam diri, isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar memuat naik foto suaminya di Instagram Stories (IGS) baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 27, itu memuat naik gambar Syamsul buat pertama kalinya selepas suaminya itu sah bercerai dengan isteri pertamanya iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Walaubagaimanapun, Ira hanya memuat naik foto Syamsul yang mengenakan t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans tanpa sebarang kapsyen disertakan dengan lagu nyanyian Tyga dan Chris Brown berjudul Nasty sebagai muzik latar.

Sekadar info, Syamsul mengesahkan telah berkahwin dengan Ira di selatan Thailand pada Januari lalu dan pernikahan mereka itu menjadi bualan hangat.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Puteri Sarah membuat pendedahan rumah tangganya diganggu oleh orang ketiga iaitu Ira Kazar sejak beberapa tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Syamsul, Sarah Dah Tandatangani…” – Seusai Jatuh Talak, Peguam Maklum Kes Saman Terhadap Ira Kazar Selesai Sepenuhnya?

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah Syamsul Yusof, Ira Kaza Nikah Di Thailand?

Artikel Berkaitan: Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Artikel Berkaitan: “Orang Kata Kahwin Ni Pun Salah Satu Jalan Taubat…” – Syamsul Yusof Jawab Status Ira Kazar Sedang Hamil, Mohon Doa Yang Baik-Baik

Atiqah Johari