Ain Edruce Pukau Peminat Dengan Main Drum, Netizen Komen: “Dia Ni Another Level Punya Talented Artist!”

Pelakon dan pengacara Ain Edruce tampil menonjolkan bakatnya dalam bermain Drum sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminatnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Ain menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Ain telah bermain drum diiringi lagu Time Is Running Out nyanyian kumpulan Muse yang bakal membuat konsert di sini tidak lama lagi.

“Ni version senang yang ain belajar😝 Jangan nak komen lebih-lebih. Mirul kat belakang tengah tengok korang nak komen tu. HAHAH. ( tak tau lah kick drum tu tak nak bunyi kenapa ) rasa nak hempok je,” tulisnya.

Terpukau dengan kebolehannya bermain drum, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai pujian dalam kalangan peminat dan rakan selebriti di ruangan komen.

Untuk makluman, kumpulan antarabangsa Muse bakal mengadakan konsert jelajah mereka yang berjudul Muse “Will Of The People” World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 29 July ini.

Fatin Nurain