Categories: Selebriti

Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Naim Daniel, Haqiem Rusli & Ukays Top 5 Artis Lokal

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Naim Daniel, Haqiem Rusli dan kumpulan Ukays dipilih oleh peminat untuk memenangi Top 5 Artis Lokal pada JOOX Top Music Awards (Pertengahan tahun) 2021.

Selain itu, peminat muzik tempatan menobatkan lagu-lagu ini untuk memenangi Anugerah Top 5 Hit: Lokal -iaitu Adakah Ini Mimpi oleh Reedzwann; Rindu Separuh Nyawa oleh Naqiu dan Vanessa Reynauld; Sekali Lagi oleh Siti Nordiana dan Nubhan; Karma oleh Kaka Azraff dan Jaz; dan tidak ketinggalan lagu JOOX ORIGINALS Sama Sama Suka oleh One Avenue Band.

Peminat muzik telah menggunakan kekuatan dan kuasa yang ada di tangan mereka untuk menobatkan artis-artis berbakat dan popular bagi membawa pulang anugerah ini dimana sebanyak 126 juta undian telah terkumpul dari seluruh Malaysia.

Jumlah undian keseluruhan ini adalah amat memberangsangkan kerana ia menunjukkan peningkatan sebanyak sepuluh kali ganda dari tahun 2020.

Dalam pada itu, Khai menjadi artis pertama yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Top Pilihan Peminat dimana untuk julung kalinya anugerah ini diperkenalkan dan 100 peratus dipilih oleh peminat muzik tempatan.

Khai telah menerima sebanyak 15.6 juta undian untuk membawa pulang anugerah terbabit.

Padin