Categories: SelebritiTrending

“Stop Judging Me!” – Kesal Digelar Wanita ‘Tak Baik’, Shakilla Khoriri Minta Jangan Kaitkan Isu Peribadi Dengan Cara Jaga Anak

Pelakon Shakilla Khoriri memuat naik sebuah video yang memaparkan anaknya, Ameena Sofia berserta luahan panjang.

Menerusi perkongsian itu, Shakilla berkongsi momen terbaik yang dirinduinya adalah apabila anak perempuannya bercerita tentang aktiviti yang dilakukannya.

“Best moment yang paling aku rindu with this girl.’Bercerita’ hari dia. Apa dia buat, apa dia makan & minum, apa dia main dengan daddy dia, EVERYTHING,” kongsinya.

Namun begitu, dia menyatakan tidak mudah untuk melalui semuanya dengan seorang anak apabila dirinya digelar perempuan tidak baik sehingga hari ini.

“It’s not easy untuk aku lalui semua ni dengan seorang anak bila aku adalah seorang perempuan yang digelar ‘Tak baik’ oleh kebanyakan orang yang lebih TAHU cerita dalam kain aku.

“Even aku dah pun tukar kain baru yang lebih bersih tetap utuh kata-kata yang mengelar aku begitu dan begini sampai hari ni,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Shakilla juga memohon untuk tidak menghukumnya dengan isu peribadi dengan cara dia membesarkan anak.

“Bagilah ruang dan peluang untuk aku at least untuk jadi perempuan yang baik pada anak aku. Selak kain sendiri sekali sekala takut tak perasan kain belakang dah koyak rabak.

“Stop judging me dengan isu personal dengan bagaimana aku jaga dan besarkan anak aku. My child, MY WAY.

“If you sebagai parents tak bangun pagi dan FIKIR apa yang you nak buat untuk happykan anak you dan ajar anak you berjalan di laluan yang BETUL, please SIT DOWN and zip your F* mouth,” luah Shakilla.

Terdahulu, Shakilla pernah didakwa menjalin hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang dan menjadi punca keretakan rumah tangga individu itu.

Untuk rekod, Shakilla pernah berkahwin dengan Fizi Ali pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang puteri tunggal iaitu Nurul Ameena Sofia, 5.

Artikel Berkaitan: “Tak Ada Kesan Apa Pun Pada Saya” – Nama Shakilla Khoriri Dipetik Pelakon Status Janda ‘Sondol’ Suami Orang, Ini Respons Tuan Empunya Badan

Artikel Berkaitan: “Kau Ingat Aku Dah Tak Ada Agama Sangat Ke?” –  Shakilla Khoriri Perjelas Tuduhan Fitnah, Nafi Mandrem & Kikis Duit Suami Orang

Artikel Berkaitan: Dipanggil Janda Menggeletis, Didakwa Menggatal Dengan Suami Orang Sebab Duit… Shakilla Khoriri Minta Tunjuk Bukti

Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Shakilla Khoriri Bercinta Dengan Suami Orang, Nama Idzham Ismail Pula Dipetik? Ini Respons Tuan Badan

Atiqah Johari