Categories: SelebritiTrending

Syukur Diberi Nikmat Kesihatan, Margaret Gan Masih Boleh Memandu Diusia 81 Tahun

Pelakon veteran, Margaret Gan memaklumkan dirinya masih boleh memandu kereta walaupun sudah berusia 81 tahun.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Margaret boleh memandu dalam jarak yang dekat kerana tidak mahu hilang kemahiran membawa kereta dan berasa gugup.

Jelasnya lagi, dia juga masih dikurniakan daya penglihatan yang baik dan sihat malah sudah terbiasa hidup berdikari.

“Saya bersyukur masih lagi diberikan nikmat kesihatan yang baik oleh Tuhan. Malah, saya juga boleh lagi memandu kereta, tapi dalam jarak dekat-dekat sajalah.

“Kalau jauh-jauh itu, saya ambil kereta ‘grab’ lebih selesa. Saya kadang-kadang memandu sebab tak nak ‘skill’ pemanduan hilang kalau lama sangat tak ‘drive’, mesti rasa kurang selesa.

“Katakanlah tiga bulan tak memandu, bila pegang stereng kereta semula mesti gugup dan tiba-tiba rasa takut dengan jalanraya, jadi saya tak mahulah itu berlaku,” ujarnya kepada Harian Metro.

Kata Margaret, dia tidaklah memandu secara berbahaya sebaliknya mengikut ketetapan dan menghormati undang-undang untuk keselamatan di jalan raya.

“Saya pun tidaklah memandu secara melebihi kelajuan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kita pun tahu dan menghormati undang-undang serta utamakan keselamatan.

“Cuma, tujuan memandu itu pun sekadar mahu terus membiasakan diri saja. Apatah lagi, saya pun dah dua tahun tidak dapat apa-apa tawaran berlakon,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: “Mereka Mahu Saya Bawa Watak Wanita Cina.. Mana Ada Wanita Cina Bertudung?” – Margaret Gan Dah Lama Tak Terima Tawaran Lakonan

Artikel Berkaitan: “Hati Saya Semakin Tenang…” Margaret Gan Peluk Islam Dengan Rela Hati

 

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari