Seniwati Sarimah Ahmad Kini Bebas Kanser Usus – “Saya Rasa Sakit Dah Lama Tapi…”

Bintang filem lagenda,  Datuk Sarimah Ahmad bersyukur apabila mendedahkan derita kanser kolon atau kanser usus tahap tiga yang dihidapinya kini telahpun pulih.

Katanya memetik laporan mStar, dia mengetahui mengenai penyakitnya itu selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital ketika insiden dia ditemui pengsan di dalam bilik air dua tahun lalu.

“Sebenarnya saya sudah rasa sakit lama, macam-macam sakit tapi saya tak tahu dan 2022, saya disahkan menghidap kanser kolon.

“Saya dapat tahu sakit ni bila saya pengsan sebab saya rasa kepala saya sakit sangat, sehinggalah bila buat pemeriksaan doktor sahkan saya hidap kanser ni tahap tiga,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi filem Tiga Abdul ini bersyukur apabila dia kini sudah bebas daripada kanser tersebut setelah menjalani pembedahan.

Berkongsi lanjut, Sarimah juga mengaku sudah menghabiskan wang simpanannya sebanyak RM60, 000 bagi membiayai kos rawatannya walaupun sebelum ini ada sahaja pihak yang  ingin menawarkan bantuan.

“Ada sahaja orang nak sponsor,  tapi saya enggan kerana perlu tukar hospital. Malah, ada yang minta untuk saya iklankan dalam surat khabar.

“Selagi ada daya saya, saya memang tidak mahu menagih simpati, jelasnya.

Walaupun masih mengalami sakit dibahagian bawah perut, namun doktor sudah mengesahkan dia kini sudah pulih dan kini hanya mengambil makanan dihat untuk menjaga kesihatannya.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin