Jual Kereta, Motor, Trofi & Barang Peribadi, Ali Puteh Berjaya Kumpul RM75,000 Lunaskan Hutang Balu Arwah Abam! Semangat Nak Buka Lembaran Baru

Pelawak, Ali Puteh meluahkan rasa lega dan syukur apabila berjaya mengumpul hutang berjumlah RM75,000 kepada balu allahyarham Abam, Norhidayah Hamzah.

Ali berusaha bertungkus-lumus untuk mengumpul hutang tersebut dengan menjual barangan peribadi, termasuklah kereta Honda, motor dan trofi-trofi kegemilangan bersama allahyarham Abam.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Ali memuat naik status mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya dalam membeli barangan peribadi miliknya.

“Alhamdulillah, terimi kasih yang pembeli barangan saya. Terima kasih mendoakan saya dan keluarga.

“Moda Allah membalas jasa baik anda semua. SUDAH CUKUP RM75,000!,” tulisnya.

Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.

Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.

</div

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut meluahkan rasa syukur dan menitipkan doa agar dia dilimpahkan rezeki selepas menerima pelbagai ujian.

Dalam pada itu, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ali berkata, selepas sahaja isu hutang selesai, dia nekad mahu membuka lembaran baharu.

“Insya-Allah, nanti kalau selesai pembayaran hutang kita buka buku (lembaran) baru.

“Yang mana bagi gift kepada saya semalam, saya dah redeemkan dapat dalam RM2,000 dan saya tambah untuk cukupkan RM75,000,” tuturnya.

Sebelum ini, Ali meluahkan rasa kesal apabila Hidayah sering kali melemparkan fitnah terhadapnya meskipun pelbagai cara telah dilakukan untuk menyelesaikan hutang.

Dua tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah atas tuduhan melemparkan kata-kata mengaibkan balu allahyarham Abam di Instagram.

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Kongsi Kronologi & Bukti Cuba Selesaikan Hutang Balu Abam, Dedah Perangai Sebenar Hidayah?

Artikel Berkaitan: “Tak Dapat Meroyan, Buruk-Burukkan Aku!” – Isu Pembahagian Harta Arwah Abam, Ali Puteh Perjelas Tak Makan Harta Anak Yatim

Artikel Berkaitan: “Duit Tu Untuk Anak, Bukan Saya” – Enggan Bermusuh & Berlarutan, Balu Abam Mohon Ali Puteh Segera Lunas Hutang

Aqilah Paharuzi