Categories: SelebritiTrending

“Tak Ingin Pergi Tapi…” – Kongsi Anak ‘Cover’ Lagu ‘Rumah’, Kapsyen Bekas Isteri ND Lala Buat Ramai Sebak!

Bekas isteri kepada penyanyi popular era 80-an Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman memuat naik sebuah video yang memaparkan anak bongsunya, penyanyi Syada Amzah ‘cover’ lagu berjudul Rumah nyanyian Dalia Farhana.

Bukan itu sahaja, Fauziah juga menulis lirik lagu yang menusuk kalbu tersebut beserta emoji menangis seperti memberi bayangan tentang perasaannya setelah rumah tangga musnah akibat orang ketiga.

“Rumahku kini sudah berpenghuni. Bukan diriku yang berteduh lagi. Kan ku jalani. Walau berat kaki ‘tuk melangkah pergi.

“Sudahku kemas segala memori. Ku simpan rapi hanya dalam hati. Tak ingin pergi. Tapi kau bukan rumahku. Lagi… 😭😭😭

“Cinta yang sebenar-benarnya utuh, takkan pernah membiarkan manusia runtuh,” tulisnya.

Namun begitu, tanda pagar yang digunakan Fauziah iaitu #8tahunhidupdalampenipuan #ndlalaofficial menjadi tumpuan ramai dalam kalangan warganet.

Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, Fauziah dan ND Lala dilihat saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut terkesan dengan nyanyian Syada dan dapat mengaitkan situasi yang dihadapinya.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Lengkap Sekeluarga, Kapsyen Anak ND Lala Sentuh Hati Ramai Netizen – “Allah Nak Tarik Nikmat Sekejap Je”

Artikel Berkaitan: Nama Kena Petik, Teman Wanita Anak Label ND Lala Narsisistik – “Better Diam! Tak Pasal Buka Pekung Sendiri”

Artikel Berkaitan: Lafaz Cerai ‘Voice Note’ ND Lala Disahkan Mahkamah, Bekas Isteri Syukur Selesai Secara Baik

Artikel Berkaitan: Isu Kereta Dicuri, Dakwaan Disihir Isteri Muda… ND Lala Jelas Spekulasi – “Jangan Label Siti Munirah Penyondol, Saya Yang Approach”

Atiqah Johari