Kongsi Foto Lama Bertudung & Imej Terkini ‘Free Hair’ Bersama Rakan Baik, Kapsyen Isteri Haqiem Rusli Dihentam Ramai – “Sebab Apa? Sebab Boleh Dik”

Isteri penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi sebutan ramai semenjak tampil mengenakan imej baharu dan sudah tidak berhijab.

Susulan itu, menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Anis memuat naik dua foto merangkumi imej lama dan terkini bersama rakan baiknya yang dikenali sejak 18 tahun lalu.

Namun begitu, kapsyen yang ditulis Anis meraih perhatian pengikutnya yang seakan menjerumus kepada isu membuka tudung membelenggu dirinya itu.

“Sebab apa? Sebab boleh dik,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, kapsyen Anis itu telah menerima pelbagai respons daripada pengikutnya yang membanjiiri  kata-kata berbaur kekecewaan atas kenyataannya itu serta turut memberi teguran kepadanya.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, Anis telah membuat tindakan untuk menukar kapsyen tersebut kepada ‘2005-2023’ pada malam yang sama, namun tidak menutup ruangan komen.

Sebelum ini, nama isteri pelantun lagu Tergantung Sepi ini menerima makian dariapda sgeelintir pihak ekrana telah membuka tudung dan mula berpakakaian seksi.

Artikel Berkaitan: “Takkan Nak Pukul? Itu Dayus” – Sedang Pujuk Isteri Berhijab Semula, Haqiem Rusli Percaya Hidayah Milik Allah

Aqilah Paharuzi