Categories: SelebritiTrending

“Tak Pernah Rasa Kasih Sayang Sejak Kecil” – Fathia Latiff Dakwa Seorang Ibu Guna Sihir & Berniat Bunuh Anak?

Sekali lagi mencetus kontroversi, pelakon Fathia Latiff memuat naik sebuah hantaran panjang di Instagramnya dengan mendedahkan perkara negatif yang dilakukan oleh seorang ibu.

Pada hantarannya itu, dia meluahkan rasa sedih apabila seorang ibu cuba untuk memecah-belahkan hubungan adik beradik sejak dari kecil.

Malah, dia juga mendakwa seorang ibu itu menggunakan sihir dan mempunyai niat untuk membunuh anak.

“Salam, sebagai seorang anak, tak perlu dipertikaikan tentang tinggi atau rendah iman seseorang. Tetapi sebagai seorang anak, amat sedih apabila seorang ibu cuba memecah belahkan adik beradik dari kecil. Sanggup menggunakan ilmu hitam dan sanggup mempunyai niat untuk membunuh anak sendiri, bapa menjadi mangsa keadaan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fathia juga menyatakan ibu tersebut mempunyai perasaan dengki dengan anak dan menyalahgunakan darjat sebagai seorang ibu.

“Cuba menyakinkan diri sakit walaupun sebenarnya tidak. Menyalah guna kuasa darjat ibu akibat sikap dengki pada anak sendiri. Tidak pernah merasakan kasih sayang ibu dari kecil, cuma wang, tekanan dan ketidak adilan orang pada diri membuatkan ibu rasa gembira.

“Atok pernah cakap, kalau rasa diri paling cantik, 1000 lagi ada lebih cantik, kalau rasa diri itu pandai, 1000 kali, lagi ada orang lebih pandai. Terimalah kenyataan. Walaupun saya berjalan seorang dalam dunia ini, ALLAH sudah cukup untuk saya,” katanya.

Namun begitu, luahan panjangnya itu tidak pasti ditujukan kepada siapa kerana tidak memetik mana-mana nama individu.

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Luah Rasa Bangga Dengan Adik Tapi Kapsyen Tuju Pada Siapa? – “Is It Normal To Kiss Your OWN Son In Law With Affection?”

Artikel Berkaitan: Nafi Suami Seorang ‘Scammer’, Heliza Helmi Enggan Saman Fathia Latiff – “1 Malaysia Faham Keadaan Dia”

Atiqah Johari