Categories: HiburanTrending

Demi Filem Aksi Komedi, Maggie Cheung Sanggup Berhabis Wang Beli Insurans Untuk Setiap Inci Kulit

Pelakon Hong Kong, Maggie Cheung mendedahkan dirinya sanggup mengambil insurans kulit bagi seluruh anggota badannya untuk menjayakan filem Rob N Roll.

Menurut Maggie, dia sanggup berhabis wang untuk membeli insurans bagi setiap inci kulitnya demi menjayakan filem aksi komedi tersebut.

“Saya tidak pernah membawakan watak pegawai polis. Jadi saya harus membuat keputusan tersebut kerana penggambaran babaknya melibatkan tembakan dan letupan sekali gus memberi impak emosi kepadanya,” katanya dalam sebuah kenyataan media.

Perkara itu juga turut dikongsikan oleh Maggie ketika ditemui di majlis Tayangan Perdana Filem Rob N Roll di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Ditanyakan tentang kos yang telah dilaburkan untuk insurans tersebut, Maggie bagaimana pun enggan mendedahkannya kepada umum.

Terdahulu, Maggie dan aktor Gordon Lam datang ke Malaysia bagi mempromosikan filem terbaharu lakonan mereka, Rob N Roll, di sini, semalam.

Selain Maggie dan Gordon, filem yang bakal ditayangkan pada 10 Februari ini juga dibintangi oleh barisan peakon hebat seperti Aaron Kwok, Simon Yam dan David Chiang.

Fatin Nurain