Categories: SelebritiTrending

Tersasul Cakap ‘Teruja’ Bercerai… Netizen Sakit Hati Dengan Hafidz Roshdi, Siap Komen: “Puas Hati Ya? Hebat Ya Awak?”

Umum mengetahui, pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pagi ini.

Artikel Berkaitan: Lafaz Cerai Pada 22 Februari Sah, Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada Lega Kemelut Rumah Tangga Berakhir Dengan Talak Satu

Susulan itu, menerusi video temu bual Melodi, Hafidz meluahkan rasa syukur apabila konflik rumah tangganya telah berakhir dengan cara baik.

Namun, dalam video tersebut Hafidz tersasul menyatakan dia berasa teruja dengan penceraian ini.

Gara-gara itu, ramai warganet menyifatkan tidak patut untuk pelakon itu berkata begitu.

Malah, warganet juga membandingkan personalitinya yang dipaparkan Hafidz sepanjang kesnya dengan hari ini.

Sebelum ini, Hafidz didakwa menumbuk isterinya di bahagian pipi kirinya sehingga terkoyak ketika sedang berbincang.

Walaubagaimanapun, rumah tangga Hafidz dan Shuhada didakwa goyah akibat orang ketika yang dikenali sebagai Athira Yuhada.

Artikel Berkaitan: “Bagi Rehat Dulu, Apa-Apa Saya Roger!’ – Hafidz Roshdi Jawab Spekulasi Sudah Bernikah Dengan Athirah Yuhada

Sumber: Melodi

Atiqah Johari