Categories: SelebritiTrending

Timbul Dakwaan Syamsul Yusof Ceraikan Ira Menerusi WhatsApp, Kazar Saisi Bagi Jawapan Ringkas Beserta Sekeping Foto

Timbul dakwaan yang mengatakan bekas madu seorang aktres popular telah diceraikan melalui WhatsApp oleh suaminya yang juga pengarah terkenal, lapor sebuah blog hiburan.

Lebih parah, dakwaan menyatakan si isteri juga telah dihalau dari rumah dan diceraikan kerana mempunyai ‘penyakit berbahaya’.

Susulan ‘hint’ tersebut, warganet mula memetik nama anak pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar dan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof di ruangan komen.

Bagi mendapatkan kesahihan, wartawan OhBulan! menghubungi Kazar untuk mendapatkan kepastian.

Aktor veteran itu memaklumkan dia tidak mengetahui mengenai khabar angin yang sedang kecoh di media sosial.

Kazar juga memberi jawapan ringkas beserta sekeping foto potongan doa menerusi aplikasi WhatsApp.

“Pula, netizen tak ada kerja,” kata Kazar.

Malah, Kazar mengirimkan potongan doa daripada Surah Ali’ Imran yang membawa maksud orang yang bersabar akan ditolong oleh Allah SWT.

“Ya (cukup). Jika kamu bersabar dan bertakwa ketika mereka datang menyerang kamu dengan tiba-tiba, niscaya Allah menolongmu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda,” kirimnya.

Artikel Berkaitan: Masjid Pernikahan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Tarikan

Artikel Berkaitan: “Dekat Mananya Aku Buat Fake Account?” – Hanya Ada Satu Telefon, Ira Kazar Nafi Miliki Akaun Palsu!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sweet, Bersemut! Ira Kazar Kongsi Sedang Bahagia Dengan Syamsul Yusof – “Love You Shuben”

Artikel Berkaitan: “Rehat Jap… See You At Some Fine Day” – Muat Naik Foto Langit Gelap, Kazar Saisi Akui ‘Penat Dibuli’?

Sumber: OhBulan!

Atiqah Johari