Toh Puan Julie Faridah, Pelakon Keluarga 69 Meninggal Dunia

Permata seni hiburan tanah air Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang terkenal dengan watak ‘Faridah’ menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967 meninggal dunia pada Ahad.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, dia dimaklumkan, Allahyarham Joria menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai di Ipoh pada jam 1.37 pagi akibat jangkitan virus di sisi ketiga-tiga anaknya, dua minggu selepas dimasukkan ke hospital.

“Beliau juga pernah muncul dalam filem Mekanik pada tahun 1983. Beliau dilahirkan pada 25 November 1944 di Bentong Pahang.

‘Beliau terpaksa melupakan hasrat untuk terus aktif di dalam dunia seni disebabkan mengikut arwah suami beliau Datuk Seri Azizul Hassan yang bekerja sebagai Pegawai Kanan Polis pada ketika itu yang bertugas dan berpindah-pindah,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, Allahyarham juga berbesan dengan Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail kerana anak lelaki beliau Mohammad Yaakob berkahwin dengan anak bongsu Tuanku Raja Perlis, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Sharifah Fariza Binti Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin.

Sumber: Awani

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”