Categories: SelebritiTrending

Tuduh Aniq Suhair Enggan Buat Ujian DNA… Wanita Kembali Buka Mulut, Dakwa Ada Bukti Baharu – “Rupanya Dia Bapa 3 Anak”

Sebelum ini, nama pelakon Aniq Suhair menjadi bualan hangat apabila didakwa menghamilkan seorang wanita namun individu itu tampil membuat permohonan maaf dengan menyatakan ia sebagai fitnah.

Artikel Berkaitan: Dituduh Hamilkan Wanita & Minta Untuk Gugurkan Kandungan, Aniq Suhair Ambil Tindakan Saman!

Artikel Berkaitan: Selepas Mengaku Dihamilkan Aniq Suhair, Individu Wanita Tampil Mohon Maaf – “Saya Tak Berniat Jatuhkan Reputasi & Karier Dia”

Terbaharu, wanita tersebut sekali lagi tampil membuka mulut mendakwa dia dihamilkan oleh pelakon itu.

Malah, dia juga mendakwa mempunyai bukti perbualan meminta untuk membuat ujian darah namun Aniq enggan berbuat demikian.

“Dia tak nak buat DNA test dari dulu sebab dia memang tak nak evidence and never willing to be responsible pun,” dakwa wanita itu.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut mendakwa pelakon itu juga memiliki tiga orang anak bersama wanita lain.

“Ini plot twist rupanya dia bapa kepada 3 anak,” dakwanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Aniq telah menetapkan mod privasi akaun Instagram miliknya selepas kontroversi ini kembali tular.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Semoga Luruh Dosa-Dosaku” – Aniq Suhair Botakkan Kepala, Nak Bina Semula Kehidupan Baharu

Artikel Berkaitan: Aniq Suhair Mohon Peminat Padam Foto Berseluar Pendek, Minta Doakan Istiqamah – “Moga Allah Lindungi Aurat & Aib Kita”

Atiqah Johari