Categories: SelebritiTrending

Tular Mesej & Foto Mesra, Bella Astillah Didakwa Bercinta Dengan Muaz Zabir Sejak Oktober Lalu?

Tiada angin tiada ribut, timbul pula dakwaan kurang manis yang melibatkan pelakon Bella Astillah dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.

Tular foto dan perbualan mesra antara mereka dan didakwa telah menjalin hubungan cinta sejak Oktober tahun lalu.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang warganet menerusi akaun TikToknya @edisiumat.

Menerusi mesej yang dikongsi, dapat dilihat Bella dan Muaz saling berbalas perbualan tersebut dengan menggunakan panggilan sayang.

Malah, ungkapan ā€˜I Love Youā€™ juga banyak ditulis oleh mereka berdua selain mengirim swafoto.

Difahamkan juga, Bella dan Muaz pernah bergandingan dalam sebuah drama pada September tahun lalu.

Namun begitu, menjengah di ruangan komen warganet memberi pelbagai reaksi mengenai pendedahan ini.

Artikel Berkaitan:Ā ā€œIni Mungkin Yang Terbaikā€ ā€“ Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Artikel Berkaitan:Ā ā€œMungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Sayaā€ ā€“ Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Artikel Berkaitan:Ā Dapat Watak Penyondol, Bella Astillah Belajar Buat Muka Jahatā€¦ Netizen Usik Minta Tips Dari Ruhainies

Artikel Berkaitan:Ā Didakwa Perangkap Aliff Aziz, Ini Jawapan Bella Astillah

Atiqah Johari