Belanja Staff Shopping Raya Setiap Tahun, Pengikut Khairul Aming Berseloroh: “Selalu Boss Orang Je Macam Ni…”

Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming sekali lagi berkongsi momen dirinya meraikan pekerjanya sempena sambutan Hari Raya yang akan datang tidak lama lagi.

Seperti biasa, Khairul akan membawa kesemua pekerjanya membeli baju raya dan memberikan duit raya kepada mereka.

Lebih menarik lagi, pada tahun ini Khairul turut membawa 100 pekerjanya itu membeli-belah barang keperluan rumah sempena raya dan membawa mereka berbuka di sebuah hotel.

“Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak,” tulisnya.

@khairulaming Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak 😁 #KongsiBersama #KongsiSelera #IftarwithKhairulaming ♬ original sound – Khairulaming

Kagum dengan usaha pempengaruh itu yang tidak pernah gagal menggembirakan pekerjanya, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Fatin Nurain