Categories: SelebritiTrending

[VIDEO] Cantik Berbusana Pengantin, Alya Iman Perjelas Status Diri & Jawab Dakwaan Sudah Berkahwin

Sebelum ini, pelakon cantik Alya Iman memuat naik foto dirinya mengenakan busana pengantin serba putih di Instagramnya.

Susulan itu, ramai warganet mendakwa bahawa dia telah menamatkan zaman bujangnya namun hanya berdiam diri sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

Oleh itu, Alya tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut sekaligus mengetahui status dirinya yang sebenar.

Kata Alya, foto berpakaian pengantin tersebut adalah sebuah penggambaran untuk koleksi baju pengantin sebuah jenama.

“Clarification… sebab saya rasa berdosa. Saya tengah shoot kempen untuk Qiszar. So, no I’m not getting marry today. Nope! And I’m not married,” jelasnya di Instagram Stories.

Sebelum ini, Alya yang juga merupakan anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu pernah mengikat tali pertunangan dengan lelaki berstatus suami orang pada Februari 2020 namun putus selepas sebulan.

Selepas itu, Alya mengakui menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan berstatus duda anak dua iaitu Ridhwan Rosli dan hubungan mereka hanya kekal dua tahun sahaja.

Artikel Berkaitan: Berpisah Dengan Ahli Perniagaan, Alya Iman Mahu Fokus Kerjaya – “Kalau Ada Jodoh Tak Kemana”

Artikel Berkaitan: Alya Iman Syukur Rezeki Bertambah Biarpun Berimej Baru

Atiqah Johari