Categories: #TriviaXTRA

#TriviaXTRA: Bad Mood Kalau Diganggu Waktu Makan & Suka Pakai Deodoran Lelaki? Ini 4 Perkara Ramai Tak Tahu Tentang Ruhainies!

Ruhainies atau pemilik nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas merupakan seorang pelakon, model, pengacara dan ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia.

Pelakon cantik manis ini mula menempa nama dalam dunia hiburan apabila berjaya membawa dua watak menerusi sebuah drama bersiri popular berjudul Hello, Mr. Perfect! dan nama semakin dikenali dengan drama-drama seperti Menantu Ting Tong, Cinta Lemon Madu, Puteri Reunion dan banyak lagi.

Lebih membanggakan, Ruhainies pernah merangkul anugerah bagi kategori Antagonis Pilihan menerusi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 dan tercalon sebagai Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa Ruhainies ialah adik kepada pelakon Nur Risteena Munim. Tapi, wajahnya seiras dengan Nora Danish! šŸ˜

Jadi, untuk segmen #TriviaXTRA kali ini, Ruhainies berkongsi mengenai beberapa fakta menarik yang ramai tak tahu tentang dirinya!

1. Pengguna Deodoran Lelaki?

Walaupun banyak produk penjagaan diri dikeluarkan khas untuk wanita tapi Ruhainies lebih gemar dengan produk penjagaan diri untuk lelaki terutamanya deodoran.

ā€œI pakai deodoran lelaki. Sebab deodoran perempuan bau soft, I suka yang bau strong! Daripada I akil baligh I dah pakai deodoran lelaki. I pakai Dior Sauvage,ā€

Memang rare lah!

2. Seorang Yang Pembersih Terlampau

Pernah dengar OCD? Haaā€¦ Ruhainies berkongsi dia mempunyai OCD sampai berpuluh kali kena basuh tangan!

ā€œRamai orang tak tahu I OCD dari segi kebersihan. Dalam satu hari, I akan basuh tangan lebih daripada 20 kali. Stress jugak! Kadang-kadang penat dan I akan basuh cadar katil I setiap dua hari,ā€

Tak mudah tau jadi orang OCD ni. Betul cakap Ruhainies boleh jadi stress!

3. Say No To Selipar & Sandal! šŸ©“

Ruhainies dari kecil memang tak suka pakai selipar atau sandal. Betul-betul macam princess kan šŸ’…

ā€œDari sekolah tadika lagi I tak suka pakai selipar. So, I dari dulu akan pakai sport shoe atau heels dan kasut bertutup lain tetapi bukan selipar atau sandal,ā€

Ada tak yang macam Ruhainies jugak?

4. Jangan Kacau Waktu Makan šŸ™…ā€ā™€ļø

Bagi sesetengah orang, waktu makan adalah untuk dia berehat dan tidak suka diganggu. Sama macam Ruhainies, dia paling pantang orang kacau waktu makan dan boleh jadi bad mood!

ā€œI tak boleh kalau orang kacau atau ganggu I waktu makan. I akan bad mood. Yang lain semua okay. You nak kacau I anytime boleh tapi bukan waktu makan. I akan diam, tak cakap dan terus tak makan,ā€

Walaupun nampak lembut, garang jugak Ruhainies kan! Haa jangan siapa-siapa berani kacau dia time makan okay šŸ˜Ž

Atiqah Johari