Categories: SelebritiTrending

Wanita Tuduh ‘Merentan’ Sebab Rebut Anak, Siap Dakwa Fizi Ali Curang? Ini Respons Tuan Badan!

Sekali lagi, nama penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, dilanda kontroversi apabila ada wanita yang membuat dakwaan bahawa dia berlaku curang terhadap bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Fizi, wanita itu turut mempersoal tindakannya yang didakwa cuba merebut anaknya, Nurul Ameena Sofea daripada bekas isteri.

“Makin tak faham dengan jantan zaman now. Kau dah kahwin baru pergi la buat anak baru yang kau nak merentan berebut anak kau yang bekas bini kau struggle bawak 9 bulan pehal eh?

“Masa kau jadi bapak dia dulu sikit kau tak heran dengan anak kau now bila dah berpisah konon terpaling bapak ramai la eh perangai macam ni.

“Siap berebut anak dengan bekas bini padahal engkau yang curang siap dah ada anak euw selekeh perangai opssss,” tulis wanita itu.

Tidak berdiam diri, Fizi tampil menafikan dakwaan wanita tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah yang berat.

“Berat fitnah ni dik… awak tag saya maksudnya awak nak saya jawab… sebab masuk dekat dm saya ni,” balasnya.

Artikel Berkaitan: “Risau Sakit, Dia Alah Dengan…” – Individu Dedah Punca Shakilla Khoriri Halang Fizi Ali Jumpa Anak?

Artikel Berkaitan: “Lari La Jauh Mana Boleh Lari” – Dedah Bekas Isteri Tak Jawab Panggilan, Fizi Ali Bakal Bawa Isu Anak Ke Mahkamah?

Artikel Berkaitan: Isu Rindu Anak, Shakilla Khoriri Sifatkan Hantaran Fizi Ali Sebagai Murahan… Enggan Berurusan Dengan Orang Ketiga

Artikel Berkaitan: “Dah Berapa Malam Asyik Mimpi Awak Je” – Kongsi Foto, Fizi Ali Beri ‘Hint’ Dihalang Bertemu Anak?

Atiqah Johari