Categories: SelebritiTrending

“Aku Merayu Terang-Terangan, Tolong Hilangkan Gangguan Ini” – Nonny Nadirah Dedah 3 Tahun Berdepan Sihir

Sebelum ini, pelakon Nonny Nadirah mengaku kini kembali tidak berhijab telah mendapat perhatian dalam kalangan warganet.

Terbaharu, menerusi hantaran Instagram Storiesnya (IGS), Nonny mendedahkan bahawa dia telah bertahun-tahun berdepan dengan perbuatan sihir.

Kongsinya, dia akui berasa sakit disihir dan tiada sesiapa dapat memberi pertolongan kepadanya.

Malah, dia juga merayu kepada individu yang menghantar sihir kepadanya untuk berhenti daripada melakukan kerja khurafat ini.

“Pergi berubat cakap tak sakit, tidak ada sesiapa yang dapat tolong. Terhalang, dibiar sakit sorang-sorang.

“3 tahun hanya dapat halusinasi buruk dari kamu. Aku MERAYU secara terang-terangan, tolong hilangkan gangguan ini,” luahnya.

Terdahulu, Nonny pernah memberi bayangan dia menyepikan diri selama tiga tahun adalah disebabkan disihir oleh orang yang dikenalinya.

Artikel Berkaitan: “Sekatlah Aku Sampai Mati, Aku Tak Peduli Syaitan!” – Mengaku Dah Tak Bertudung, Status IG Nonny Nadirah Cetus Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: “Teruskan Sihir, Ketawakan, Rosakkan Hidup Hamba-Hamba Allah Yang Telah Kau Aniaya” – Nonny Nadirah

Artikel Berkaitan: Nonny Nadirah Kongsi Sebab 3 Tahun Menyepi – “Saya Datang Dari Keluarga Cerai-Berai, Kerja Pula Di Club”

Artikel Berkaitan: Selepas 3 Tahun Menghilang, Mila Jirin Kongsi Momen Bertemu Nonny Nadirah

Atiqah Johari