Categories: SelebritiTrending

Yusof Haslam Akrab Dengan Besan, Terbuka Jika Puteri Sarah Jumpa Jodoh Baharu – “Masing-Masing Cari Kebahagiaan”

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam menzahirkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan cara baik.

Memetik laporan Harian Metro, perpisahan cara baik yang berlaku turut melegakan hati isterinya iaitu Datin Patimah Ismail.

Walaubagaimanapun, Yusof menyatakan bahawa hubungan kekeluargaan yang terbina jangan sesekali terputus malah masih mempunyai hubungan akrab dengan besannya.

“Masing-masing ada kehidupan sendiri. Apa sekalipun hubungan kekeluargaan, hubungan dengan anak-anak jangan terputus. Itu sahaja. Wang bukan segala-galanya.

“Bagi saya kasih sayang, hubungan antara kita lebih penting dari wang ringgit. Itu yang saya maksudkan. Saya doakan Puteri Sarah mudah-mudahan dia berjaya dalam kehidupan.

“Hubungan kami dengan dia tetap berjalan baik. Saya pun tetap akrab dengan besan saya. Kami keluar makan-makan sama macam biasa,” kongsinya.

Sementara itu, Yusof memaklumkan bahawa dia tidak kisah jika Puteri Sarah bertemu jodoh baru untuk kebahagiaannya.

Namun, bersyukur jika Syamsul dan Puteri Sarah memilih untuk kembali berumah tangga.

“Kehidupan ini ujian, rumah tangga juga ujian. Kalau nak kata tak bergaduh kita tetap bergaduh. Kita dan isteri tak sempurna.

“Kalau Puteri Sarah jumpa jodoh lain itu kerja Allah. Namun kalau Tuhan izinkan mereka bersatu semula. Alhamdulillah.

“Tapi kalau mereka tak kembali dan jumpa lelaki lain, itu adalah untuk kebahagiaan. Sebab manusia masing-masing mencari kebahagiaan,” luahnya.

Selain itu, Yusof memberitahu bahawa dia sebagai datuk ingin menggembirakan cucu-cucunya.

“Puteri Sarah hantar anaknya pada Sabtu. Saya main dengan cucu saya dan anak Syafiq.

“Anak-anak dia main dengan anak-anak Syafiq juga. Bergurau senda dan mandi kolam renang sama-sama.

“Alhamdulillah…saya sebagai datuk mereka memang nak gembirakan cucu-cucu saya.” kongsinya lagi.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari