Categories: SelebritiTrending

“Sampaikan Lutut & Tumit Sakit” – Akibat Paras Kolesterol Tinggi, Zarina Zainuddin Selamat Jalani Pembedahan Bariatrik

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin memaklumkan bahawa dia telah selamat menjalani pembedahan bariatrik.

Kongsi Zarina, dia melakukan pembedahan tersebut kerana mengalami masalah kesihatan dan disarankan oleh doktor untuk menjalani pembedahan bariatrik.

Tambah, Zarina memaklumkan bahawa paras kolesterolnya terlalu tinggi dan juga mengalami sakit pada bahagian tumit dan lutut akibat daripada kenaikan berat badan.

“Kebaikan nak control makan semua saya nampak sedap sampaikan tumit dan lutut saya sakit tak tahan rasanya saya ni banyak berdiri ke sana ke sini.

“Alhamdulillah doktor pun dah repair ulu hati yang longgar dan kantung perut agar saya tidak makan berlebihan… kolesterol saya terlalu tinggi 8.9.

“Ya Allah baru saya tahu saya ni dah start ada penyakit… InsyaAllah demi kesihatan saya akan sihat semula tolong doakan saya cepat sembuh,” tulisnya.

Tegasnya lagi, dia melakukan pembedahan ini adalah atas faktor kesihatannya bukan untuk kurus semata-mata.

Sebelum ini, Zarina didakwa melakukan pembedahan pada bahagian hidung apabila ramai warganet menyedari perubahan bentuk hidungnya namun Zarina menjelaskan bahawa dia menjalani pembedahan sinus.

Artikel Berkaitan: “Ingat Saya Nak Ke Macam Ni? Macam B*bi Tonyok Je” – Tersinggung Dituduh Buat Hidung, Zarina Zainuddin Jelas Alami Masalah Sinus & Migrain Teruk

Atiqah Johari