Selena Gomez Terkejut Bekas Kekasih Bertunang Tapi…

Siapa Tak Terkejut Bila Ex Boyfriend Kahwin Kan? Nah… itu yang dilalui oleh penyanyi terkenal remaja Selena Gomez selepas mengetahui lelaki yang pernah berpacaran dengannya hampir lapan tahun akhirnya melamar orang lain.

Menurut laporan E!, sumber yang rapat dengan Selena memberitahu sebagai bekas kekasih sudah tentu dia terkejut namun hal itu tidak memberi kesan kepadanya. Cayalah!

Kisah percintaan Bieber dan Selena mendapat liputan luas dunia. Putus sambung, akhirnya Bieber memilih model Hailey Baldwin menjadi tunangnya.

“ Selena tahu Justin mampu melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang.

“Selena terkejut hanya kerana pertunangan mereka berlaku secepat itu tetapi sudah dapat menjangkakan Justin akan berbuat demikian tanpa berfikir panjang.

“Dia lebih kenal siapa Justin sebenarnya berbanding orang lain.Jadi dia tak rasa hairan pun dan tidak peduli,” kata sumber.

Justin Bieber dilaporkan melamar Hailey Baldwin ketika mereka sedang bercuti di Bahamas.

Percintaan Justin dan Selena berlangsung sejak 2010 dan dilaporkan beberapa kali putus. Difahamkan Selena cuba memperbaiki hubungan mereka namun sekali lagi putus pada Mac lalu.

Menurut sumber lagi, fokus Selena sekarang adalah dirinya dan bukan lagi cinta. Move on Selena, you deserve someone way better!

SGMS Faida