Hiburan By: Fatin Nurain August 23, 2023 @ 1:35pm

Selepas 10 Tahun Bersama, 4 Anggota SOG Umum Dikeluarkan

Beberapa anggota band Sekumpulan Orang Gila atau SOG tampil mengumumkan mereka tidak lagi sebahagian dari kumpulan itu, sejak 26 Jun yang lalu.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Riko Agus (vokal dan bass), Qayyum Rahim (bass), Amsyar Saiful (gitar) dan MK Ridzuan (keyboard) menerusi sebuah hantaran yang sama di Instagram, semalam.

Namun, dalam perkongsian tersebut, mereka tidak menyatakan sebarang sebab atau punca mereka bukan lagi sebahagian band SOG.

Bukan itu sahaja, mereka juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih pada peminat yang telah menyokong perjalanan mereka sepanjang 10 tahun bersama kumpulan itu.

“Di sini kami ingin membuat pengumuman, pada tarikh 26 Jun 2023, kami telah dimaklumkan bahawa kami bukan lagi sebahagian dari band Sekumpulan Orang Gila (SOG), dan pada tarikh 17 Jun 2023 adalah tarikh terakhir kami beraksi bersama, di show SOG Reimaginasi.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kepada keluarga, sahabat handai dan para penyokong yang banyak member pertolongan, semangat dan sokongan sepanjang perjalanan 10 tahun kami bersama SOG, sangatlah kami hargai. Tanpa kalian, perjalanan kami mungkin tidak sejauh ini.

“Melangkah ke hadapan, kami ingin meneruskan kehidupan dan perjalanan ke arah yang lebih baik. Sampai jumpa!
Terima kasih. Riko Agus, Qayyum Rahim, Amsyar Saiful, MK Ridzuan,” kata mereka dalam sebuah kenyataan.

Dalam perkongsian lain, MK Ridzuan tampil memuat naik sebuah kenyataan yang berbaur akur dengan keputusan tersebut di Instagram Story (Igs).

Dalam perkongsian tersebut, Ridzuan meyakinkan bahawa setiap orang akan mempunyai pendapat dan hala tuju yang berbeza seiring dengan perubahan masa dan usia.

“Seiring berjalannya waktu dan usia, setiap insan pasti berevolusi. Sampai satu masa masing-masing akan ada pendapat, pendirian, komitmen dan hala tuju hidup yang berbeza.

“Tidak terkecuali kepada sesebuah kumpulan/ komuniti/geng. Semua pasti berubah, mau tidak mau.
Semua pasti berpisah, ingin tidak ingin. Semua pasti berakhir, siap tidak siap,” tulisnya.

Malah, Ridzuan turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang prihatin dengan keputusan yang telah dibuat oleh kumpulan itu.

“Kepada yang msg/dm tanya, saya ucapkan terima kasih atas dasar ambil berat kalian. Jangan risau, semua baik-baik saja. Sudah tiba masa saya dan kawan-kawan meneruskan perjuangan sesuai dengan hala tuju hidup masing-masing.

“Teruskan menyokong dan mendoakan karya artis-artis tempatan kita sebab kesenian sesebuah ketamadunan menggambarkan keperibadian kolektif tamadun itu sendiri. Peace,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Oct 2019
Featured Thu, 22 Jun 2023
Featured Mon, 19 Sep 2022

[VIDEO] Individu Spontan Pegang Janggut UAI, Netizen Risau Terkena Sihir – “Takut Ada Niat Jahat.. Kuku, Rambut Bahaya”

Alamak, betul juga kan.. Risau pula min! Moga Ustaz Azhar Idrus dilindungi sentiasa 🥺

Featured Thu, 10 Mar 2022

Sarat Hamil, Elfira Loy Buat Aksi Lompat Jauh Sambil Berkasut Tumit Tinggi Buat Ramai Risau!

Fuh, seriau Min tengok! Berani betul bekas atlet lompat jauh ni ya 🤯

Events Wed, 31 Oct 2018
Events Mon, 15 Oct 2018

Malaysian Fans Felt Like True ‘Winners’ as They Watch Winner Perform Live

Anyone will feel like a champ as they enjoy the powerful guys’ performances.

Featured Thu, 23 Mar 2023

Didakwa Abai Anak, Ini Kenyataan Rasmi Fatin Afeefa

Hmm macam macam laa. Apapun min doakan semoga segala urusan dipermudahkan ya ❤️

Hiburan Fri, 3 Jan 2020