Selepas 10 Tahun, Noor Kumalasari Terubat Rindu Dengar Suara Anita Sarawak… Dedah Keadaan Terkini – “Dia Masih Belum Bertudung & Badan Agak Bersisi”

Penyanyi veteran terkenal, Noor Kumalasari, 67,meluahkan rasa syukur setelah dapat berhubung semula bersama kakaknya, penyanyi legenda, Anita Sarawak, 71, pada 1 Syawal lalu.

Memetik laporan Berita Harian, ketika itu biduanita Noor Kumalasari atau lebih mesra disapa Noor berada di kediam kakanya, Noraini mendapat panggilan daripada Anita.

Difahamkan, kali terakhir mereka berhubung dan bertemu adalah pada 10 tahun lalu sebelum pelantun lagu popular Seksis berangkat ke Las Vegas, Amerika Syarikat.

Menceritakan situasi ketika bercakap dalam talian bersama kakaknya itu, Noor berkata dia sangat tergamam namun amat menghargai momen tersebut kerana dapat melepaskan rasa rindunya.

“Saya amat terkejut apabila Noraini memberitahu Kak Nita menanti di talian. Dalam keadaan tergamam, saya dengar suara Kak Nita di hujung talian.

“Suara Kak Nita sedikit berbeza, tetapi itulah suara yang amat saya rindui,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Noor berkata kakaknya itu dalam keadaan baik dan lebih tenang menjalani kehidupan seperti orang biasa dan bukan sebagai selebriti di negara terkemuka itu.

“Kak Nita beritahu, dia dan Mahathir gembira menjalani hidup sebagai orang biasa, bukan lagi berstatus selebriti di Las Vegas.

“Kak Nita sempat mengusik saya, adakah masih suka berjubah hitam seperti kebiasaannya.

“Sudah tentu saya masih kekal dengan penampilan wanita muslimah, cuma tidaklah berjubah hitam selalu, sedikit moden,” katanya.

Menurutnya, Anita masih belum memakai tudung dan badannya agak berisi.

“Namun, Kak Nita berkongsi, dia belum bertudung dan penampilan tetap sama, cuma badannya agak berisi.

“Pada usia 71 tahun, Kak Nita merasakan kehidupannya kini lebih tenang dan relaks tanpa terikat dengan tuntutan kerja.

“Ia juga membuatkan berat badannya naik. Kak Nita kini makin selesa menjalani kehidupan seperti orang biasa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Editor Dedah Isi Perbualan & Kisah Terkini Anita Sarawak – “Sebenarnya, Dia Sedih Dengan..”

Sumber: Berita Harian

Aqilah Paharuzi