Selepas 9 Hari, Azzam Sham Kongsi Nama Puteri Sulung Di Instagram – “Perkenalkan Azzalea Safiyya”

Umum mengetahui, pasangan penyanyi muda Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie telah menimang cahaya mata pertama mereka pada 27 November lalu.

Terbaru, menerusi hantaran Instagram Azzam, dia berkongsi nama puteri sulungnya itu kepada orang ramai.

Nama yang diberikan ialah Azzalea Safiyya Binti Muhammad Azzamuddin.

Bukan itu sahaja, Azzam juga dilihat telah mencipta akaun Instagram untuk puteri sulungnya itu.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, kami perkenalkan puteri sulung kami yang diberi nama Azzalea Safiyya binti Muhammad Azzammuddin. Semoga @azzalea_safiyya menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihat, sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah SWT serta berjaya dunia akhirat,” tulis Azzam.

Menerusi hantaran tersebut, Azzam dilihat turut mengambil kesempatan menzahirkan rasa terima kasihnya kepada doktor pakar dan semua yang mendoakan kebaikan untuk keluarganya itu.

Untuk info, Sheryl telah selamat melahirkan puteri sulung mereka secara pembedahan pada Ahad jam 9.45 malam di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya pada 27 November lalu.

Pasangan selebriti ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu yang berlangsung di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya.

Atiqah Johari